SIHIR-ENERGI NEGATIF-GANGGUAN GELOMBANG
Sihir merupakan perkara yang tidak asing lagi di telinga masyarakat kita. Adanya sifat dengki dan dendam, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu mereka walaupun terpaksa bekerjasama dengan jin mahupun iblis. Sihir membawa kemudaratan besar pada manusia dan merupakan perbuatan syirik kepada Allah s.w.t. Kali ini penulis bukanlah mengajak kita untuk bercerita kisah orang yang terkena sihir tetapi penulis tergerak untuk menceritakan bagaimana sihir menyerang manusia. Tahu-tahu orang itu sakit atau meracau atau murung…..tak tahu pangkal punca.

Menurut Dr. Mir Hazil Azran Ramli, Pakar dalam Bidang metafizik dan Bio-Energy Manusia, sihir adalah hasil daripada niat/dendam untuk menjatuhkan, menganiaya dan memusnahkan orang lain dengan menggunakan kaedah gabungan tenaga negative atau lebih tepat lagi jin/iblis melalui perjanjian dan syarat tertentu.

Sihir sebenarnya dituju kepada sistem roh seseorang, iaitu sistem spiritual pada tubuh manusia. Soalnya sekarang, apa itu sistem spiritual manusia dan dimanakah letaknya? Kata Dr. Mir Hazil lagi, sistem spiritual itu adalah ghaib sifatnya dimana ia bersangkutan dengan roh, mental, emosi, semangat, keyakinan, keberanian dan sebagainya. Ia berada pada chakra dan dimanefetasikan oleh aura seseorang.

Rata-rata kita sudah lali mendengar perkataan aura mahupun chakra. Tetapi tahukah kita apa itu aura dan chakra? Umumnya, aura adalah merupakan medan elektromagnetik yang berada pada setiap benda yang mempunyai jisim atom. Ia membentuk sebuah lapisan kedua yang melindungi manusia dan bertindak sebagai pendinding psikik. Manakala chakra pula terdiri daripada tujuh lapisan bola/cakra tenaga yang mengawal bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh setiap orang. Contohnya chakra jantung mengawal organ jantung,dan paru-paru serta juga emosi dan perasaan.

Daripada pengalaman beliau sebagai pakar runding aura dan pengamal perubatan metafizik, sihir sebenarnya dituju samaada kepada aura mahupun terus kepada chakra yang berada di dalam badan.

“Walaupun pada mulanya sihir itu tertempel pada aura seseorang, tetapi lama kelamaan ia tetap akan memasuki system chakra secara perlahan-lahan dan mula merosakkan fungsi chakra tersebut.” Tambah beliau lagi.

Kes-kes beliau sebelum ini menunjukkan orang yang disihir memiliki saiz aura yang kecil dan rosak serta warnanya juga suram. Sebab itu kebanyakan pesakit sihir pada mulanya selalu rasa tertekan, takut, gelisah dan seumpama. nya . Disini kita dapat melihat dengan lebih jelas bahawa sihir tersebut menyerang minda dan perasaan mangsanya terlebih dahulu sebelum ia merebak.

Bagaimana pula dengan penyataan ramai pengamal tradisional iaitu pesakitnya ditumpang.? Menjawab persoalan ini, Dr. Mir Hazil menjelaskan bahawa makhluk halus itu bukan menumpang tubuh fizik sipesakit tetapi pada aura ataupun chakranya (yakni sistem roh) Dengan kata lain, jika aura seseorang ditumpang atau dituju dengan bad energy/sihir, maka berlakulah gangguan gelombang pada sistem roh seseorang itu. Sistem roh yang sepatutnya mempunyai gelombang harmoni dicemari oleh gelombang yang bukan dari sistemnya. Inilah yang dikatakan sebagai ditumpang pada istilah tradisional.

Lebih-lebih lagi apabila sihir yang dituju itu kuat. Ia mampu mengganggu terus jaluran energi yang menghubungkan chakra seseorang. Maka akibat dariada sihir sebegitu boleh membawa maut!

“Perubatan moden memang tidak boleh mengesan sistem roh manusia kerana ia memerlukan bukti klinikal dan fakta jelas. Persoalan system roh manusia bersifat ghaib/metafizik, tetapi dengan adanya teknologi foto aura, kita boleh mengesan dengan lebih spesifik apa sebenarnya yang berlaku.” tambah Dr. Mir hazil lagi.

Mereka yang mengalami gangguan seperti sihir mahupun lintasan perlulah mendapatkan rawatan segera. Ditanya tentang keadah rawatan yang ditawarkan oleh beliau, beliau menjalankan rawatan terapi komplementari Reiki yang menggunakan tenaga alam. Menurut beliau lagi, Reiki merupakan salah sebuah tajuk (Chapter) yang didaftarkan di dalam Persatuan Terapi Komplementari Malaysia dimana persatuan ini berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimanakah caranya untuk menjaga kesihatan aura dan chakra seseorang? Dr. Mir Hazil memberitahu bahawa terdapat pelbagai teknik dan kaedah dalam menjana kekuatan aura dan energi system roh manusia antara lain ialah amalan meditasi atau istilah Islamnya tafakkur. Meditasi membantu manusia untuk mencapai tahap-tahap tertentu gelombang pada otak, apabila sampai pada satu tahap…gelombang otak berubah dan ia merangsang untuk mencapai satu tahap minda yang rehat dan tenang. Pada tahap ini, gelombang aura dan chakra juga akan berubah. Ia akan membantu dalam memperkukuh dan mempertebalkan aura seseorang. Maka dengan aura yang baik dan sihat, ia mampu untuk menjadi pendinding dari sebarang gangguan gelombang negatif seperti sihir ataupun yang lain.

Katanya lagi, amalan Taichi, senaman Tua Melayu mahupun senaeman-senaman yang biasa dilakukan seperti jogging dan lain-lain mampu untuk menjana energi dalaman tubuh seseorang seterusnya memancarkan aura yang sihat dan harmoni.

Selain dari itu, sihir ataupun energi negatif juga mampu dielakkan dengan sentiasa berfikiran positif dan tenang. Selain dari meditasi, amalan ritual agama seperti solat, membaca Al-Quran, dan berzikir juga merupakan senjata ampuh sebagai pendinding diri. Ujar beliau menjawab soalan terakhir penulis.-Master Hafiz Zainuddin